Identity I , 2024
42 x 59.4 x 3 cm (h x w x d)
Acrylic Paint, Poster Colour, Pencil Colour, Marker, And Pen On Drawing Paper
[106]

Karya ini bertemakan tradisional dan moden, maka saya memilih untuk menjadikan rumah tradisional Minangkabau yang berasal dari negeri kelahiran saya iaitu Negeri Sembilan sebagai tumpuan utama dalam karya ini. Selain itu, saya menambahkan unsur moden iaitu seorang angkasawan berjaya membawa rumah tradisional ini dengan roketnya ke galaksi yang lain.
Terdapat pengajaran yang ingin saya sampaikan iaitu tidak kira ke mana sahaja kita pergi, walaupun di tempat asing, kita haruslah mengekalkan budaya kita kerana ia merupakan identiti sebenar kita. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa walaupun dunia semakin maju, kita mestilah mengekalkan warisan bangsa kita agar dapat disampaikan kepada anak cucu di masa akan datang. Oleh itu, saya menamakan karya saya sebagai " IDENTITY I ".

Exhibited by:

YAXAD

More from YAXAD

Card Game , 2024
59.4 x 42 x 3 cm (h x w x d)
Acrylic
YAXAD
The Starry Night of Technology & Cultural , 2023
59.4 x 42 x 2.9 cm (h x w x d)
Acrylic
YAXAD
Kopi Senja , 2024
59.4 x 42 x 3 cm (h x w x d)
Watercolour And Colour Pencil
YAXAD
Tradition Meets Modernity , 2024
59.4 x 42 x 3 cm (h x w x d)
Acrylic
YAXAD
Era Of Extinction , 2024
75 x 50 x 3 cm (h x w x d)
Pencil, Charcoal, Bitumen Oil And Emulsion
YAXAD